Tali rafia merah tanda pengenalan diri, 13 PATI Mynamar dicekup - Utusan Malaysia

Tali rafia merah tanda pengenalan diri, 13 PATI Mynamar dicekup

PATI warganegara Myanmar menunjukkan tali rafia merah yang dipakau bagi memudahkan urusan tekong darat mengenali mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik licik sindiket memakaikan tali rafia berwarna merah sebagai tanda pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan pagi tadi.

Kesemua PATI 13 PATI berusia antara 19 hingga 36 tahun itu ditahan pada pukul 9.30 pagi menerusi Ops Serkap di Kampung Semut Api, di sini.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman
berkata, kesemua PATI yang terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita itu ditemukan di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tumbangan yang dijadikan sebagai transit.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka memakai tali rafia dipergelangan tangan dipercayai bagi memudahkan tekong darat membuat pengecaman ke atas pati yang hendak dibawa keluar.

“Kesemua mereka mengaku dibawa masuk dari negara jiran tengah malam tadi menaiki bot dengan menelusuri Sungai Kelantan.

“Semakan menjadi kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

memberitahu, soal siasat yang dilakukan mendapati kesemua PATI itu mengaku telah membuat bayaran berjumlah RM4,500 kepada agen yang menguruskan perjalanan bermula dari Myanmar untuk masuk ke negara ini.

Katanya, PATI ini turut mengaku tujuan mereka masuk ke negara ini untuk bekerja di Ipoh, Perak.

“Semasa serbuan dijalankan, mereka (PATI) sedang menunggu kenderaan untuk ke Ipoh.

“Kesemua 13 PATI ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN