Sungai Golok kering akibat kemarau

Sungai Golok kering akibat kemarau

PENDUDUK mengambil kesempatan bermain dan mandi-manda selepas paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, mulai cetek dan kering susulan cuaca panas melanda Kelantan ketika ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sungai Golok yang menjadi ‘pemisah’ antara sempadan Malaysia-Thailand di sini, kering dan cetek susulan kemarau yang melanda negara ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa kawasan sepanjang Sungai Golok antaranya di Kampung Lubuk Gong, di Chabang Tiga Kampung Bagus dan di Kampung Lubok Stol, kelihatan dasar sungainya timbul.

Seorang penduduk, Nasran Nasuha, 23, berkata, paras air sungai itu mulai kering dan cetek sejak dua minggu lalu.

Katanya, situasi itu memberi kesempatan kepada penduduk melakukan aktiviti mencari etok di dasar sungai berkenaan.

“Setakat ini lebih sebulan kawasan Rantau Panjang tidak menerima hujan menyebabkan air Sungai Golok surut mendadak.

“Biasanya air Sungai Golok ini dalamnya melebihi dua meter tetapi sejak kemarau beting pasir mulai timbul,” katanya.

Nasran berharap hujan berlaku di kawasan Rantau Panjang bagi membolehkan telaga milik penduduk yang sebelum ini kering dipenuhi semula dengan air.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ismail berkata, fenomena air Sungai Golok cetek berlaku setiap tahun antara Mac hingga Jun.

Sementara itu, semakan di portal Info Banjir mendapati, paras air Sungai Golok mencatat bacaan 3.35 meter, iaitu 1.65 meter di bawah paras normal lima meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN