PETALING JAYA: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima sembah menghadap Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan bagi mempersembahkan perkembangan projek berkaitan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ramanan berkata, dalam sesi tersebut beliau telah mempersembahkan perkembangan terkini berhubung pembangunan Pusat Rehabilitasi Perkeso yang sedang dirancang di Terengganu. Menurutnya, projek berkenaan dijangka menjadi antara pemangkin utama dalam memperkukuh sistem keselamatan sosial negara, khususnya dalam aspek pemulihan dan kebolehkerjaan semula pencarum.…










