Sindir peminat, Sabrina Carpenter mohon maaf - Utusan Malaysia

Sindir peminat, Sabrina Carpenter mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sabrina Carpenter, 26, membuat permohonan maaf kerana menyindir salah seorang peminat yang menonton persembahannya di California, baru-baru ini.

Sabrina, dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, memaklumkan tidak berniat menyindir peminat berkenaan.

“Saya tidak dapat melihat peminat itu dan mendengar dengan jelas jeritannya.

“Ketika itu saya keliru lantas memberikan reaksi yang agak sarkastik. Percayalah saya tidak berniat buruk.

“Sepatutnya saya kendalikan situasi itu dengan cara yang lebih baik. Sekarang barulah saya faham apa yang dimaksudkan Zaghrouta itu. Saya meraikan semua dan mengalu-alukannya,” tulisnya.

Dalam kejadian, Sabrina menegur peminat tersebut yang melakukan yodel, satu bentuk lontaran suara bernada tinggi dan berulang selepas penyanyi berkenaan selesai mempersembahkan lagu Please Please Please.

“Saya terdengar seseorang melakukan yodel. Adakah itu yang anda lakukan? Saya tidak menyukainya,” katanya.

Peminat terbait segera menjelaskan tindakannya itu sebahagian tradisi Arab tanda meraikan pesta dan keramaian.

“Ini sebahagian budaya saya,” ujar peminat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN