PETALING JAYA: Serangan ketenteraan berterusan oleh rejim Zionis Israel terhadap Lubnan berisiko menggugat secara serius perjanjian gencatan senjata selama dua minggu yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran. Wisma Putra berkata, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan secara berterusan yang didalangi rejim Zionis Israel terhadap Lubnan ketika ini. Katanya, tindakan pencerobohan itu merupakan suatu pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan, serta pelanggaran terus terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi…










