KLANG: Isteri kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar mahu hukuman yang setimpal dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian suaminya. Nur Nadia Abdul Majid, 32, berkata, sebagai isteri dia hanya mahu pembelaan terhadap apa yang menimpa suaminya. “Saya mahu nyawa dibalas nyawa,” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Klang, hari ini. Terdahulu, ibu kepada tiga orang anak itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.18 pagi bagi mengikut prosiding…










