Saya ambil masa tiga bulan untuk buat keputusan - Sharifah Aleeya - Utusan Malaysia

Saya ambil masa tiga bulan untuk buat keputusan – Sharifah Aleeya

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai radio, Sharifah Aleeya memaklumkan beliau keputusan untuk mengumumkan perceraiannya di media sosial dengan Mohammed Azam Abdullah tidak dibuat secara terburu-buru.

Malah sharifah mengambil tempoh yang agak lama sebelum membuat keputusan mengumumkan perkara itu di Instagram.

“Ia sekadar pemberitahuan untuk mengelak fitnah. Manalah tahu, kita terkinja-kinja orang salahkan suami walhal kami bukan lagi bergelar suami isteri.

“Saya tunggu sehingga habis tempoh Idah untuk kita ada masa bertenang dan jelaskan perkara sebenar,” katanya.

Sharifah aleeya memberitahu, untuk bercerai bukan satu keputusan yang mudah dan memerlukan tempoh yang benar-benar sesuai untuk diputuskan.

“Bercerai bukan perkara yang mudah, saya ambil tiga bulan untuk membuat keputusan. Bayangkan kami berkahwin selama lebih sebelas tahun.

“Tapi proses itu dipermudahkan. Tuhan yang merancang dan dia sebaik-baik perancang. Siapa untuk kita mengatakan tidak,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Sharifah memaklumkan dirinya tidak mampu memuaskan hati semua orang dan memohon maaf jika keputusan itu melukakan hati mereka.

“Saya pasti ramai yang kecewa dengan kami berdua. Tapi, pucuk pangkalnya, saya tak mampu menggembirakan hati semua orang. Saya minta maaf, cuma doakan untuk hari esok yang lebih baik.

“Tapi saya tidak menolak yang saya terima terlalu banyak mesej yang baik, pesanan dan doa dari semua orang. Alhamdulillah, stigma mengenai ibu tunggal itu kurang.

“Dan sejujurnya, saya ada keluarga yang membantu dan Allah yang selalu bersama saya,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkongsian media sosial, Sharifah memaklumkan perlu melakukan tapisan agar tidak disalah anggap.

“Itulah suratan takdir. Apa yang anda lihat di media sosial, kekal di situ. Ia tidak menunjukkan seratus peratus perkara sebenar. Malah ada berbagai filter di situ, termasuklah kebenaran. Ada masanya kita letak filter, ada masanya tidak.

“Apa sahaja yang dikongsikan di media sosial, kekal di sana. Sebaliknya, kandungan yang telah dipadam dan ia berlaku bersebab,” kongsinya.

Mengulas tentang jodoh, sharifah tidak menolak sebarang kemungkinan dan terbuka menerima lelaki dalam hidupnya.

“Saya sangat sukakan kasih sayang. Tak adalah saya trauma, tak nak bercinta. Kalau Tuhan tentukan, ia berlaku. Siapalah kita untuk menolak takdir. Tapi buat masa ini, tiada yang melekat di hati,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sharifah mengakui anak-anak cukup membantu dalam melalui proses perceraian.

“Anak-anak saya menggembirakan, saya sentiasa berkata, Allah sangat baik. Anak-anaklah yang akan mengingatkan kami dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah sekarang saya dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan mereka.

“Mereka sangat mudah menyesuaikan diri. Yang kembar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini, jadi tidak ada masa untuk drama keluarga. Manakala dua anak lelaki saya mahu jadi pemain bola sepak,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN