KOTA TINGGI: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi membangunkan Kolej Vokasional Pengerang di sini sebagai langkah strategik memperkukuh penyediaan tenaga mahir khususnya dalam industri minyak dan gas negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berkenaan akan dilaksana sebelum 2030 dengan penekanan terhadap perancangan rapi serta penyelarasan menyeluruh agensi terlibat. Katanya, kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) penting bagi memastikan projek tersebut dapat…










