Rasuah: Empat anggota polis direman SPRM

Rasuah: Empat anggota polis direman SPRM

EMPAT anggota polis dibawa  penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah TAHAN reman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat anggota polis ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12,000.

Perintah tahanan reman bermula hari ini ke atas semua suspek terdiri daripada masing-masing seorang anggota berpangkat sarjan dan koperal serta dua konstabel itu dikeluarkan Hakim Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Semua suspek disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia lingkungan 20 dan 40-an ditahan antara kira-kira pukul 9 pagi dan 1 petang semalam di pejabat masing-masing.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025. Keempat-empat suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN