Que Haidar tolong jangan menghilang lagi, kau kuat - Nam Ron

Que Haidar tolong jangan menghilang lagi, kau kuat – Nam Ron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Nam Ron, berharap kontroversi yang melanda sahabatnya, Que Haidar, tidak mematahkan semangat aktor itu untuk terus berkarya dalam industri perfileman tanah air.

Menurut Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, dunia seni tempatan pernah merasai kehilangan besar apabila Que menyepi selama 16 tahun, sekali gus mengorbankan impian serta cita-citanya sebagai anak seni.

“Saya berdiri bersama Que Haidar. Dia pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi keluarga.

“Kami merasai kehilangannya dan rindu untuk melihatnya kembali beraksi,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Tambah beliau, ketika peminat mula menarik nafas lega dengan kemunculan semula Que menerusi filem Malaikat Malam, dakwaan yang mengaitkan aktor itu sebagai punca keretakan rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian seolah-olah cuba menjauhkan semula beliau daripada industri.

“Ketika dia kembali untuk mengubati rindu kami, dia seakan-akan cuba dirampas semula daripada kami.

“Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat,” tegasnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat turut menyatakan sokongan terhadap Que dan berharap beliau terus bertahan dalam dunia seni.

“Teruskan Que Haidar. Dia pernah membantu saya berlakon ketika zaman pelajar dan menerima tawaran tanpa bayaran,” tulis seorang pengguna.

“Teruskan melangkah ke hadapan, jangan toleh ke belakang lagi,” kata komen yang lain.

”Bukan senang untuk seorang Nam Ron tulis begini,” kata satu peminat.

Terdahulu, Que menjadi perhatian apabila bekas isterinya, Linda Jasmine, memuat naik kenyataan yang mencetuskan spekulasi apabila menyatakan hasrat melindungi anak-anaknya daripada kejahatan.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN