Polis kesan lelaki curi pakaian dalam wanita  - Utusan Malaysia

Polis kesan lelaki curi pakaian dalam wanita 

LELAKI mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian sebuah rumah di Kampung Tasek, di Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian sebuah rumah di Kampung Tasek, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, siasatan kes itu dijalankan susulan video tular di laman sosial Facebook melalui pautan https://www.facebook.com/share/r/1C46P2NHGU/.

“Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada 17 April lalu dan pihak polis telah menjalankan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Semakan mendapati seorang lelaki menaiki sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran serta jenis yang tidak jelas, telah mengambil pakaian tersebut kira-kira pukul 12.51 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN