GEORGE TOWN : Penang FC bertekad untuk memanfaatkan sepenuhnya aksi 90 minit pertama final Piala Cabaran menentang Sabah FC di Stadium Bandaraya, malam esok. Ketua jurulatihnya, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata, ketika ini, segala persiapan rapi telah diatur menjelang aksi final tersebut dan anak-anak buahnya juga berada dalam ‘mood’ yang positif untuk perlawanan berkenaan. “‘Final is final’. Ya, ia satu perlawanan yang unik dan saya berharap agar pemain-pemain akan bermain…










