KUALA LUMPUR: Perjalanan lima tahun rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin, 33, dan Zizi Kirana, 41, menemui titik penghujung apabila keduanya disahkan bercerai talak satu semalam. Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, melafazkan cerai ke atas Zizi dalam prosiding yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kira-kira pukul 9.30 pagi semalam. “Prosiding hari ini (semalam) adalah berkenaan satu permohonan cerai di bawah seksyen 47, yang mana permohonan itu dipersetujui…










