PETALING JAYA: Seorang penjawat awam direman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan kira-kira RM7,000 daripada sebuah syarikat pembekal sistem teknologi maklumat (ICT). Tindakan itu dipercayai dibuat sebagai ganjaran untuk meluluskan pembekalan alat ganti serta peralatan ICT kepada Cawangan Teknologi Maklumat di premis beliau bertugas. Perintah reman sehingga 10 April 2026 dikeluarkan hari ini oleh Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman di…










