Penjaga pusat kebajikan mengaku salah liwat lima budak lelaki

Penjaga pusat kebajikan mengaku salah liwat lima budak lelaki

RETNA Velu (kiri) dan S. Valan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ampang, Selangor hari ini. - UTUSAN/SHIDIEQIEN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penjaga sebuah rumah kebajikan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ampang dekat sini hari ini atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fIzikal termasuk persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap lima kanak-kanak lelaki.

Tertuduh, Retna Velu, 25, membuat pengakuan bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin dan Hakim Ho Kwong Chin.

Di hadapan Norshila, tertuduh berdepan enam pertuduhan manakala di hadapan Kwong Chin sembilan pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta seks luar tabii terhadap lima kanak-kanak lelaki berusia antara lapan dan 13 tahun (umur sewaktu kejadian).

Kesalahan dilakukan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Batu Caves antara November 2025 dan Mac tahun ini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen 14 (b), Seksyen 15 (a) (i) dan Seksyen 15 (a) (ii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin sehingga tarikh fakta kes dan jatuh hukum pada 21 Mei ini.

Sementara itu, pengasas rumah kebajikan tersebut, S. Valan, 31, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM30,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin dan Nadiah Malek Fauzie, Retna tidak diwakili peguam manakala Valan diwakili peguam Amalia Daud dan R. Roshini.

Sebelum sesi pendakwaan, suasana tegang berlaku apabila keluarga mangsa cuba mendekati kedua-dua tertuduh ketika mereka diiringi pihak polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN