BALING: Premis memproses makanan ringan tempatan di Kampung Sungai Limau, di sini digempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas didapati memiliki minyak masak peket tanpa kebenaran. Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 11 pagi, Ahad lalu dilakukan oleh empat anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Baling hasil risikan selama seminggu susulan aduan awam. Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan di premis kediaman yang dijadikan lokasi memproses…










