Pengarah syarikat perabot mengaku tak bersalah pecah amanah RM1.41 juta

Pengarah syarikat perabot mengaku tak bersalah pecah amanah RM1.41 juta

CH'NG Chen Mong (tengah) diiringi oleh pegawai SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat berjumlah RM1.41 juta.

Tertuduh, Ch’ng Chen Mong, 58, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang juga merupakan Pengarah Syarikat MG Furniture Sdn. Bhd. didakwa menyalurkan wang pendahuluan berjumlah RM1,412,000 daripada dana syarikat kepada syarikat milik anaknya serta proksi tanpa pengetahuan dan kelulusan ahli lembaga pengarah lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai suatu pelanggaran amanah dan penyalahgunaan kedudukan, sekali gus menjadi kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara tempoh dua hingga 20 tahun, dikenakan sebatan serta didenda.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Hazel Tan Jia Qi manakala tertuduh pula diwakili peguam bela, Lavendran Nair.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan lelaki tersebut melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Seberang Perai setiap bulan bermula minggu pertama Mei 2026 serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 12 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini