PETALING JAYA: Tindakan rejim Zionis Israel meluluskan pembinaan 34 penempaan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT) dilihat sebagai cubaan untuk mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin. Kementerian Luar berkata, peluasan penempatan secara berterusan itu merupakan pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva Keempat dan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334 (2016). Katanya, tindakan berkenaan turut melanggar ketetapan antarabangsa serta mencerminkan usaha…










