Pemenang kempen ‘Mini Worries, Great Prizes’ bawa pulang BYD Atto 3 Ultra - Utusan Malaysia

Pemenang kempen ‘Mini Worries, Great Prizes’ bawa pulang BYD Atto 3 Ultra

MUHAMAD Norimin Muhamad (tiga dari kiri) dan Selamat Md Din (tiga dari kanan), menjadi pemenang hadiah utama kempen Mini Worries, Great Prizes masing-masing membawa pulang sebuah BYD Atto 3 Ultra di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) meraikan dua pemenang hadiah utama kempen Mini Worries, Great Prizes iaitu Muhamad Norimin Muhamad dan Selamat Md Din, yang masing-masing membawa pulang sebuah BYD Atto 3 Ultra.

Kempen itu dimeriahkan dengan dua pemenang sebagai simbolik sempena ulang tahun kedua Kaotim. Kaotim ialah platform Takaful digital yang menawarkan penyelesaian Takaful yang ringkas dan boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, kempen Mini Worries, Great Prizes telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan kami berterima kasih atas penyertaan kukuh daripada para pelanggan. 

“Sambutan hari ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi juga sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan kami.

“Kami amat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini bersama Muhamad Norimin dan Selamat, serta berharap dapat terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna menerusi Kaotim,” katanya pada kempen Mini Worries, Great Prizes di sini hari ini.

Kempen yang berlangsung dari 15 Oktober 2025 hingga 15 Januari 2026 lalu memberikan ganjaran bulanan kepada pelanggan menerusi hadiah-hadiah terpilih. 

Antaranya termasuk dua jongkong emas pada bulan Oktober, dua peranti iPhone pada bulan November, serta dua e-baucar Touch ‘n Go bernilai RM5,000 pada bulan Disember. 

Kempen ini diakhiri dengan hadiah utama berupa dua buah kenderaan BYD Atto 3 Ultra.

Dalam pada itu, Nor Azman berkata, Kaotim diperkenalkan untuk memudahkan akses kepada perlindungan melalui pendekatan digital utama dan kempen seperti ini membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dengan cara yang lebih interaktif. 

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang menawarkan nilai dan kemudahan kepada para pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, pemenang, perunding Alam Sekitar, Muhamad Norimin Muhamad,47 berkata, dia amat bersyukur dan terkejut selepas berjaya memenangi sebuah kereta dalam penyertaan pertamanya dalam satu pertandingan.

Katanya, kemenangan tersebut langsung tidak dijangka, apatah lagi ramai peserta lain yang telah lama menyertai pertandingan serupa namun belum pernah meraih kemenangan.

“Saya memang tak sangka langsung. Ramai yang masuk berkali-kali pun tak pernah menang. Ini kali pertama saya masuk, terus menang.

“Saya mengambil pelan perlindungan takaful MediBooster untuk tiga anak-anak secara dalam talian,” katanya.

Muhammad Lain turut berkongsi, dia memang mempunyai perancangan untuk memiliki kenderaan elektrik (EV), terutama mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

“Memang ada perancangan untuk membeli EV. Dengan keadaan sekarang, saya sudah lama fikir nak cari kenderaan jenis itu. Jadi bila dapat kereta ini memang rezeki,” jelasnya.

Seorang lagi, Penyelia syarikat swasta, Selamat Md Din, 58 berkata, dia yang berasal dari Temerloh itu menganggap kemenangan tersebut hadir tepat pada bulan kelahirannya, menjadikannya lebih istimewa.

“Hari jadi saya bulan ini iaitu 6 April, jadi saya menganggap ini sebagai hadiah. Memang tak sangka langsung,” katanya.

Selamat turut menceritakan penglibatannya dalam pelan takaful yang disertai bersama rakan sekerja di pejabat, melibatkan kira-kira 40 orang kakitangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN