PETALING JAYA: Parti baharu yang bakal diterajui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas penubuhannya diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat. Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq berkata, langkah itu bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan parti itu, tetapi juga PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Ketika ini semuanya masih dalam proses perincian. Pengumuman…










