JOHOR BAHRU: Sindiket pengedaran yang menjadikan pangsapuri berpengawal sebagai pusat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas apabila polis menjalankan dua serbuan berasingan, minggu lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, pelbagai jenis dadah bernilai RM1.24 juta dirampas dalam serbuan terhadap sebuah pangsapuri di Taman Megah Ria, Seri Alam dan sebuah rumah kedai di Taman Sri Tebrau. Katanya, pihaknya turut menahan enam individu yang…








