PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan seorang Orang Kena Tuduh (OKT) telah meloloskan diri daripada kawalan pihak polis selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku di perkarangan Penjara Sungai Buloh ketika proses penghantaran tahanan sedang dijalankan. Jabatan Penjara Malaysia berkata, pihaknya kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan dan menahan semula OKT berkenaan. Menurut kenyataan itu, operasi…










