KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap kerugian berjumlah AS$1.3 bilion yang dialami SRC International Sdn. Bhd., selepas didapati melakukan salah guna kuasa dan pecah amanah. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin membuat keputusan itu semalam selepas membenarkan saman difailkan SRC terhadap enam individu termasuk Najib. Mahkamah memerintahkan Najib membayar AS$1.3 bilion kepada syarikat itu kerana menyalahgunakan kedudukannya dan bertindak dengan niat tidak…










