SEGAMAT: Seorang pemandu treler yang menyebabkan tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini dengan tiga pertuduhan membunuh. Tertuduh, Muhamad Shafiq Salleh, 29, bagaimanapun hanya mengangguk tanda faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Amalina Johar. Tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh S. Palamiandy, 77; K. Myakrishnan, 72;…










