PETALING JAYA: Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pada petang ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang dan Melaka. “Keadaan sama turut dijangka melanda kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini. Bagaimanapun, negeri lain seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka kekal…










