PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyekat laporan portal berita berkaitan kes mahkamah membabitkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. MCMC dalam kenyataan berkata, dakwaan dibuat oleh seorang penggiat media sosial mengenai perkara itu adalah tidak benar dan palsu. “MCMC tidak terbabit dalam kes berkenaan dan tidak mengeluarkan sebarang permohonan atau permintaan kepada mana-mana media atau platform untuk menyekat kandungan itu,” katanya hari ini. Sehubungan…










