SETIU : Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal jenis Honda C100 ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Kampung Pelong di sini, emalam. Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu mengakibatkan Muhammad Aidil Rayqal Azman, 15, maut akibat kecederaan yang dialami. “Difahamkan tiga buah motosikal itu termasuk mangsa dalam perjalanan dari arah yang sama, dari arah Sekolah Menengah…










