PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersedia untuk berdepan kemungkinan peningkatan kos bahan api untuk penjanaan elektrik susulan konflik geopolitik di Asia Barat yang masih berterusan ketika ini. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh berkata, bagaimanapun, kesan terhadap peningkatan kos itu masih terkawal berikutan sebahagian besar bekalan gas asli adalah daripada sumber domestik. Menurutnya, kira-kira 80 peratus gas asli bagi penjanaan elektrik di negara ini daripada sumber domestik, sekali gus…










