Majoriti dalam Bersatu kini ahli asal - Utusan Malaysia

Majoriti dalam Bersatu kini ahli asal

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dianggotai majoritinya oleh ahli asal selepas proses ‘mencuci’ keahlian berlangsung sejak dua bulan lalu.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, di Perak khususnya, ke­semua 24 bahagian tetap berope­rasi seperti biasa, walaupun ada pimpinan yang meletak jawatan.

Katanya, Bersatu yakin me­rampas kembali Perak dalam pilihan raya akan datang selepas mencuci keahlian di setiap bahagian.

“Bersatu Perak cuba dilemahkan tetapi sebenarnya bertambah kuat dari sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Perak di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini, kelmarin.

Pada Februari lalu, Bersatu memecat Timbalan Presiden­nya, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut serta beberapa lagi pe­mimpin kanan atas alasan me­langgar Perlembagaan parti, selain peletakan jawatan beberapa pimpinan.

Ahmad Faizal berkata, mereka yang meletak jawatan ialah kumpulan yang baharu menyertai Bersatu ketika parti mempunyai kuasa.

Katanya, ketiadaan Hamzah yang merupakan tokoh dari Pe­rak tidak menggugat parti.

Ujarnya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) yakin merampas negeri ini berdasarkan rea­liti pengundi Melayu yang tidak senang akan hubungan UMNO dengan DAP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN