KUALA LUMPUR: Mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) diberikan fleksibiliti dalam kaedah pembelajaran termasuk kebenaran mengikuti kelas secara dalam talian sekiranya berkeperluan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada setiap universiti agar memberi kelonggaran kepada pelajar khususnya dalam situasi yang memerlukan penyesuaian antara pembelajaran dan komitmen lain seperti pekerjaan. Katanya, langkah itu bertujuan membantu mahasiswa menyeimbangkan keperluan akademik dan cabaran semasa tanpa menjejaskan…










