PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memandu melawan arus di Jalan Klang Lama sehingga tindakannya tular di media sosial dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM6,000 oleh mahkamah hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki tempatan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan menjelaskan denda. Menurutnya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga hari dari tarikh sabitan dan denda RM6,000 terhadap lelaki itu. “Kegagalan membayar denda boleh menyebabkan…









