JASIN: Polis mengenal pasti seorang lelaki kurang siuman sebagai individu dipercayai terlibat dalam kejadian menconteng kalimah suci pada dinding sebuah tokong di Persisiran Pantai Siring, Serkam, Merlimau di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Ucuk’. “Berdasarkan maklumat awal dan keterangan saksi, suspek dipercayai pernah dilihat menulis kalimah ‘Allah’ di beberapa lokasi lain…










