Lelaki didenda RM7,000 tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak perempuan

Lelaki didenda RM7,000 tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bapa didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan di kawasan sekolah di Tampoi, di sini awal bulan ini.

Tertuduh, Ong Sheo Ming, 54, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar.

Nor Aziati turut mengarahkan tertuduh dipenjara selama tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda itu selain berada di bawah pengawasan polis selama satu tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 12 tahun itu bagi maksud seksual di kawasan sebuah sekolah kebangsaan di Tampoi di sini, kira-kira pukul 1.30 petang pada 1 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin memohon satu hukuman yang maksimum dengan mengambil kira kepentingan awam dan mangsa kes tersebut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman yang minima memandangkan dirinya sudah kehilangan kerja sejak hujung tahun lalu

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa bersama adik saudaranya sedang berjalan di kawasan berkenaan sebelum secara tiba-tiba suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam memanggil mereka datang.

Mangsa dan adik saudaranya telah berhenti di tepi kereta sebelum suspek bertanya lokasi tandas dan mangsa telah melihat seluar suspek dalam keadaan telah diturunkan dengan suspek memegang kemaluan sambil memandang ke arah mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN