GUA MUSANG: Belum sampai dua minggu dibaiki, palang had kenderaan berat di laluan sementara Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Taman Wangi di sini, sekali lagi ‘rebah’ selepas dirempuh sebuah lori, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 48 tahun yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum merempuh struktur berkenaan. Ketua Polis Daerah Gua Musang,…










