PETALING JAYA: Lambakan mesin pengukur tekanan darah yang tidak berdaftar atau disyaki tiruan di pasaran kini membimbangkan, susulan penjualannya yang berleluasa sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof. Amrahi Buang berkata, sebanyak 31 peratus daripada 10,081 peranti diperiksa didapati tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) berdasarkan saringan dalaman oleh sebuah rangkaian farmasi pada 2025. Katanya, situasi itu menimbulkan risiko kepada keselamatan pengguna,…







