Krisis tenaga: Jangan salahkan kerajaan, cari jalan bantu sama-sama

Krisis tenaga: Jangan salahkan kerajaan, cari jalan bantu sama-sama – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Jangan hanya tuding jari kepada kerajaan, sebaliknya cari jalan bersama-sama,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan kritikan segelintir pihak termasuk pembangkang yang menjadikan isu kenaikan bahan api di negara ini sebagai modal politik masing-masing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana masih mengekalkan subsidi RON95 kepada majoriti rakyatnya.

Menurutnya, isu krisis tenaga yang dihadapi Malaysia dan dunia kini tidak harus dijadikan alasan untuk menagih sokongan politik.

“Cuba lah mereka pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cuba lah mereka pergi ke negara Barat, mereka lihat sendiri. Kita bernasib baik sebenarnya. Jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan oleh pihak kerajaan. Ini hakikat yang harus kita terima.

“Jangan menuding jari. Kita sepatutnya bersama-sama untuk mencari jalan bersama-sama, jangan menuding jari,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertemu dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri pada petang ini bagi menjelaskan situasi sebenar krisis tenaga global ini.

Ahmad Zahid turut berharap agar kerajaan-kerajaan negeri juga boleh mendalami apa yang sedang dihadapi oleh krisis global ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata, dunia kini sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang semakin meruncing dan konflik itu telah menjadi krisis global yang menguji kestabilan ekonomi dunia dan secara langsung memberi kesan kepada Malaysia.

Jelasnya lagi, gangguan terhadap laluan perdagangan tenaga utama seperti Selat Hormuz yang mengendalikan hampir 20 peratus perdagangan tenaga global, telah menyebabkan lonjakan
harga minyak dunia sehingga mencecah lebih 60 peratus dalam tempoh singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN