Krisis tenaga beri kesan bekalan ubat, peranti perubatan

Krisis tenaga beri kesan bekalan ubat, peranti perubatan

KKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Krisis tenaga antarabangsa yang melanda dunia ketika ini memberi kesan kepada rantaian bekalan global termasuk membabitkan ubat-ubatan dan peranti perubatan negara.

Kementerian Kesihatan berkata, krisis itu memberi impak kepada penghantaran serta ketidakstabilan akses kepada beberapa peranti perubatan kritikal khususnya produk import bagi kategori berisiko tinggi.

Katanya, situasi itu juga antara lain memberi kesan kepada keupayaan pembekal untuk memenuhi obligasi kontrak selain berpotensi menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kesihatan sekiranya tidak ditangani dengan segera.

“Selaras dengan keutamaan kerajaan, KKM giat memastikan keterjaminan bekalan ubat dan peranti perubatan melalui pengukuhan stok penimbal bagi ubat dan peranti perubatan kritikal, mempelbagaikan sumber bekalan serta pemantauan bahan mentah dan rantaian bekalan secara berterusan bersama pihak industri bagi membolehkan risiko gangguan dikenal pasti lebih awal dan ditangani secara bersasar.

“Pengurusan bekalan dilaksanakan secara berhemah melalui pengagihan berasaskan keperluan klinikal dan penggunaan yang rasional, di samping penyediaan pelan rawatan klinikal alternatif serta memudahcara proses regulatori bagi memastikan akses berterusan kepada ubat-ubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kementerian itu, pihaknya turut melaksanakan Laluan Akses Khas, pengaktifan pelan gerak balas kecemasan, penetapan barang kawalan serta perluasan penggunaan e-Labelling bagi peranti perubatan.

“Bagi jangka sederhana dan panjang, tumpuan diberikan kepada pengukuhan daya tahan bekalan melalui peralihan penggunaan bahan resin kepada polimer, pelaksanaan Unique Device Identification (UDI) dan pembangunan industri tempatan bagi peranti perubatan.

“Bagi ubat-ubatan pula, pembangunan dasar keterjaminan bekalan ubat melalui inisiatif MyMedSecure, pengukuhan pengeluaran tempatan, pendigitalan rantaian bekalan dan perwujudan stok penimbal strategik nasional turut disasarkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN