Konvoi Mat Motor: Anthony arah sekatan jalan raya di lapangan terbang Kota Bharu

Konvoi Mat Motor: Anthony arah sekatan jalan raya di lapangan terbang Kota Bharu

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah bekerjasama dengan polis trafik bagi mengadakan sekatan jalan raya serta memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu petang ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan itu dibuat bagi menjamin keselamatan dan kelancaran operasi lapangan terbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke lokasi berkenaan.

Katanya, pemeriksaan akan dilakukan tanpa pengecualian termasuk melibatkan mana-mana wakil rakyat yang menunggang motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penganjuran konvoi tersebut merupakan satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab memandangkan kawasan lapangan terbang adalah lokasi strategik yang keselamatannya perlu dipelihara sepanjang masa.

“Kawasan lapangan terbang perlu dipastikan perjalanan penumpang berjalan lancar dan tidak terganggu.

“Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada penganjur telah memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa memandangkan sebarang konvoi bermotor sepatutnya mendapat kebenaran terlebih dahulu.

Media sebelum ini melaporkan, ADUN Melor, Wan Rohimi Wan Daud menganjurkan program konvoi bermotosikal ke lokasi tersebut.

Berdasarkan poster yang dikongsikan di media sosial, program berkenaan bagaimanapun bukan bertujuan mencetuskan kekecohan atau provokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini