JOHOR BAHRU: Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang berlangsung di sini, hari kecoh selepas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mencelah ucapan Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan. Difahamkan, Hassan berbuat demikian ketika Ramanan mengkritik bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli secara terbuka. Bagaimanapun, sesi ucapan yang disiarkan secara langsung di platform media sosial itu dihentikan tidak lama selepas kekecohan berlaku. Terdahulu, Ramanan menegaskan,…










