PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik selepas dikesan mengandungi racun berjadual, sekali gus tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini. KKM dalam kenyataan memaklumkan produk terbabit, ialah Glowing Night Treatment yang mengandungi hydrokuinon dan betamethasone17-valerate serta Glowing Herbal Treatment yang mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate. “Sehubungan itu, notifikasi bagi kedua-dua kosmetik berkenaan telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.…









