PETALING JAYA : Sebuah kilang plastik di Ijok, Selangor digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam selepas memproses sisa elektronik (e-waste) menggunakan pekerja warga China. Serbuan bermula pukul 12 tengah hari dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi JIM dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Selangor hasil risikan selama sebulan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pemeriksaan mendapati kilang dipercayai menggunakan lesen kitar semula plastik bagi mengaburi pihak berkuasa. Katanya, barangan…










