KULAI: Seorang pemuda didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengambil wang untuk membantu urusan pekerja asing, awal bulan ini. Tertuduh, Kiki Sefti Mohd. Aini, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, R. Salini. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda. Berdasarkan kertas pertuduhan, Kiki Sefti didakwa dengan curangnya mendorong seorang pengusaha perniagaan…










