PETALING JAYA: Malaysia semakin menonjol sebagai destinasi pilihan bagi pembangunan pusat data (DC) di rantau Asia Pasifik, disokong oleh kos kompetitif, kestabilan infrastruktur serta peralihan strategi pelabur global susulan ketegangan geopolitik, kata RHB Investment Bank Bhd. Penganalisisnya, Adam Mohamed Rahim berkata, ketegangan berterusan di Asia Barat berpotensi mendorong syarikat berskala besar mengalihkan sebahagian operasi dan pelaburan mereka ke Asia, termasuk Malaysia. Katanya, ini menjadi lebih menarik dengan pelaksanaan Zon Ekonomi…










