PETALING JAYA: Kerajaan akan melaksanakan Special Access Pathway (laluan akses khas) untuk memastikan akses bekalan ubat dan peranti perubatan kepada keperluan kritikal dapat diteruskan ketika dunia berdepan kesan krisis Asia Barat. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan juga meneliti langkah yang lebih kukuh untuk jangka sederhana dan panjang, termasuk mewujudkan stok penimbal strategik nasional dengan beralih daripada penggunaan bahan mentah resin kepada polimer bagi sesetengah produk. Selain itu…










