KOTA BHARU: Kerajaan sedang memperhalusi langkah membantu pengusaha stesen minyak yang kini berdepan tekanan aliran tunai akibat keperluan modal tinggi untuk pembelian stok awal tanpa subsidi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerajaan memahami cabaran itu dan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi membolehkan pembayaran balik modal kepada pengusaha stesen minyak dipercepat. Katanya, meskipun urusan tersebut adalah transaksi komersial antara pengusaha stesen…










