NARATHIWAT (THAILAND): Pikap milik agensi keselamatan Thailand dipercayai digunakan dalam cubaan membunuh Ahli Parlimen Narathiwat, Kamonsak Leewamoh, lantas membuka dimensi baharu siasatan kes berprofil tinggi di Selatan Thailand itu. Kamonsak atau Wan Johan mendakwa, ia adalah hasil maklumat siasatan oleh Bahagian Jenayah Polis Wilayah 9 yang mendedahkan, kenderaan digunakan penyerang milik Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4). Katanya, pikap berwarna putih itu ditemukan dalam operasi khas polis…










