ALOR SETAR: Keluarga mendiang Joey Ling Lin Siang yang maut dalam insiden lemas ketika aktiviti berkayak berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mengemukakan laporan penuh dan telus berhubung kejadian itu setelah siasatan menyeluruh dilakukan. Ibu saudara mangsa, Kee Ching Ching, 46, berkata, pihak keluarga mahu mengetahui secara terperinci punca sebenar tragedi tersebut bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa hadapan. Menurutnya, keluarga turut berharap semua aktiviti luar khususnya yang melibatkan sukan…










