HUBUNGAN yang kukuh dengan Allah SWT menjadi kunci utama untuk memastikan amalan ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan secara istiqamah dalam kehidupan seharian. Ahli Jawatankuasa Maahad Tahfiz al-Ikhlas Parit 7 Permatang Pelanduk, Pasir Salak, Perak, Md. Radzi Hashim, 78, berkata, ramai dalam kalangan umat Islam mampu melaksanakan pelbagai ibadah sepanjang Ramadan. Namun gagal mengekalkannya selepas bulan tersebut berakhir kerana hubungan dengan Allah tidak dipelihara. Menurut beliau, sepanjang Ramadan,…










