BENTONG: “Saya jaga anak saya hampir 24 tahun bukan untuk diperlakukan begini, keadilan mesti ditegakkan.” Demikian luah Rosafindi Tambi Chik, bapa kepada Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, yang meninggal dunia selepas parah dibelasah di Kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pahang, Isnin lalu. Rosafindi, 49, ketika ditemui di Hospital Temerloh semalam menyifatkan kejadian menimpa anaknya sebagai sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam dunia ketenteraan. Sementara itu, Ketua Polis…










