Kandungan palsu krisis tenaga: MCMC buka 54 kertas siasatan

Kandungan palsu krisis tenaga: MCMC buka 54 kertas siasatan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat ini telah membuka 54 kertas siasatan berhubung kandungan palsu krisis tenaga global.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jumlah itu diperolehi hasil pemantataun oleh MCMC bagi tempoh 29 hari sehingga hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan itu membabitkan 441 kandungan palsu yang dikesan sepanjang tempoh berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah 441 kandungan palsu yang telah dikenal pasti itu, sebanyak 54 kertas siasatan telah dibuka dan 12 kertas siasatan telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian dan tindakan lanjut, manakala 42 lagi kertas siasatan masih berjalan.

“Aduan-aduan rasmi telah dibuat kepada pihak SKMM oleh orang awam dan permohonan penurunan kandungan palsu tersebut telah dipanjangkan kepada platform media sosial,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terbaharu, katanya, pihaknya telah mengesan satu kandungan grafik yang disebar dengan menyalahguna format Sinar Harian, kononnya mengenai pengumuman formula harga minyak menerusi Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Untuk makluman semua, harga baharu bagi produk-produk bahan api yang dijual dalam negara Malaysia akan diumum setiap hari Rabu sekitar jam 6 atau 7 petang.

“Sebarang maklumat yang dibuat ataupun sebaran yang dikesan sebelum pada hari dan waktu itu yang bukan disebar melalui laman rasmi Kementerian Kewangan, berkemungkinan adalah bersifat palsu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini